Monday, January 14, 2008

Air Tangan Ibu


Salam. Betul kata orang-orang tua.....air tangan ibu jugak menjadi pilihan anak-anak. Kholeeda dan Umairah makan berselera dengan masakan umi.......bertambah. Sudahnyer, puaslah pulak nak memikirkan menu masakan setiap hari. Di kala melihat anak-anak makan, teringat pulak kisah kehilangan Sharlienie........sebak rasa hati mengenangkan perasaan seorang ibu kehilangan anak. Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku kepada kanak-kanak itu dan apa yang tersirat di lubuk hati orang yang mengambilnya......Ya Allah, sekiranya ini adalah ketentuanMu ke atas anak kecil yang bernama Sharlienie.....maka kau peliharalah kehormatan dan kesihatannya......Hanya Kau sahaja yang tahu apa hikmat di sebalik semua ini......Marilah kita sama-sama doakan semoga kanak-kanak itu dikembalikan semula kepada ibu bapanya dengan keadaan selamat dan sempurna........


Mendengar kisah duka itu, terlihat pulak wajah anak-anak kami yang masih kecil dan tak tahu apa itu erti kehidupan.......Ya Allah....sesungguhnya anak-anak adalah titipanMu kepada kami....tunjukkanlah kepada kami cara yang terbaik untuk kami pelihara mereka menuju ke jalanMu........Peliharalah kehormatan anak-anak kami daripada keaiban dan kemungkaran.

No comments: